Thursday, 15 September 2011

RINTIHAN SEORANG ANAK

Wahai ayah dan ibu,
Dengarlah rintihan anakmu,
Pimpinlah diriku ini,
Di jalan penuh berduri,
Berilah ilmu mengenal Tuhan,
Pencipta diri ini,
Selamatkan daripada penipuan dunia,
Menuju alam yang abadi.

    Ilmu akhirat wajib dipelajari,
    Bekalan untuk bertemu Ilahi,
   Ilmu duniawi boleh di cari,
    Panduan hidup untuk berbakti.

Ayah dan ibu,
Inilah impianku,
Ingin menjadi anak yang soleh,
Menolong ayah, membantu ibu,
Terus berbakti di negeri abadi.

Oh Tuhan, berilah kekuatan iman,
Kepada ayah dan ibuku,
Kau ampunkan segala kelemahan dan kesalahanku,
Sentiasa dalam bimbinganmu,
Setiap detik, setiap saat,
Berada dalam redamu,
Jalan yang lurus ditunjuki,
Tuhan jadi sahabat sejati.